
Cinta..satu perkataan yang sangat indah jika seseorang itu pernah bercinta ataupun memahami apa maksud sebenar cinta.Tetapi percintaan itu terdiri dari pelbagai perasaan .
Cinta bagi aku, adalah manis dan pahit. Manis pada awalnya dan pahit bila dilanda dugaan.Kenangan indah semasa bercinta, adalah amat menyegarkan. Kadang-kala, ianya dapat memberi suatu sumber kekuatan dalam diri yang begitu bermakna, bila kita disayangi, dilindungi, dan di manjakan oleh orang yang kita sayang. Aku masih lagi percaya pada kekuatan cinta.
Namun tidak ada cinta yang bahagia selamanya.Pasti ada duka, kelahi, sakit hati dan sebagainya, yang kadang-kala membuatkan kehidupan kita tidak tentu arah, hilang panduan dan membuatkan kita tidak berupaya untuk menjalani kehidupan kita seharian. Itulah cinta yang sebenar.
Mengapa kita sering mencari-cari..sedangkan kita sepatutnya menghargai. Dan mengapa kita perlu tercari-cari sedangkan ia akan hadir sendiri.Percayalah, cinta itu tidak perlu kau kejarkan sentiasa.Cukuplah sekadar kau memahaminya...akan tetapi kau harus mengejar cinta yang telah datang pada kau..nescaya cinta itu akan kekal selamanya....panjang lagi kalau nak bercerita..akan tetapi,ini pun sudah memadai buat masa kini...~
No comments:
Post a Comment